Tuesday, 31 January 2012

MoTher iS eVerything ^_^

i got off the bus, i was shocked that my purse was stolen! there was nothing in my purse to worry, just 150 rs and one envelope with a letter which i wrote for my mother to say that "i lost my job....., i won't be able to send money this month....." the letter was in my pocket since one week, coz i was not willing to send it to her that she would feel bad. anyway that 150 was not a big amount.... but who has no job in this expensive city...... and who has to look his family.... for him....., its like 1500 rs...... After some days, i got a letter from my mother, i was afraid that she wrote for money.....! but i was shocked to read the letter, - "thank you son! i got the your money 500rs. that you send to me." i kept thinking who would have send that money to her....!! some days passed, i again got another letter from my mother "dear son, i got a letter , it has very small and bad hand writing , but i broke my glass, i can't read it properly so im sending it to you" i opened the letter , it said - " i send 500 rs to your mother.... adding 400 rs with your 100 rs..... after all mother is mother, why should she stay hungry! anyway, as soon as possible look for a job and look after your mother your's pickpocketer, "
Moral: no matter what the proffession is! good or bad! the feeling for a mother is always same for everyone. ♥

Monday, 30 January 2012

SayAng AwAk

and i haven't said these words to him... but i am sure.... the ONE guy knows what is deep inside.....
buat awak yang saya sayang... terima kasih atas semuanya... memberi peluang saya menjadi insan teristimewa dalam hidup awak... buat awak yg saya sayang walaupun saya tiada disisi awak saya tetap menyayangi awak saya tetap ingat kat awak... buat awak yang saya sayang.. saya sayang awak, biar pun kita jauh saya tetap sayang awak, biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak, biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak, pendek kata saya mmg sayangkan awak...
Teddy Bear I Love You


buat awak yang saya sayang... walaupun awak bukan yang pertama tapi bagi saya awak tetap yang pertama buat awak yang paling saya sayang... terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya, buat awak yang paling saya kasihi... terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan, buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya..... terima kasih kerana hanya awak merindui saya terima kasih...terima kasih... walau pun saya jarang bagitau awak yang saya sayang dan rindu pada awak tapi...dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...

Sunday, 29 January 2012

Kasih Ibu membawa ke Syurga

Imbau semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dulu.Masihkah kita ingat ketika kita merajuk dulu?? ibu datang memujuk,apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu lah orang pertama yang kita beritahu. Pendek kata semua kemahuan kita tidak pernah ibu hampakan.Namun hati mana tidak tersentuh apabila banyak berlaku penderhakaan terhadap ibu. ada yang sanggup melawan dan menengkingibu, dan lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu,membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada yang sanggup memukul ibunya hanya kerana perselisihan kecil. Firman Allah yang bermaksud "Dan kami wasiatkan mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu) :Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali" (surah Al-Luqman ayat 14). Hanya Allah yang mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya.Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang. Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu,mengecil hati ibu melawan atau mengherdik ibu. Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat yang lain.

Saturday, 28 January 2012

KeNenGan Lalu

Hari tu kita gaduh. aqu main-main je kau ingat betul-betul xtau mcm mana lagi arghh lantak kau la. semalam kita berselisih aqu wat dunnor, kau pandang aqu, aqu wat xtau je degil kan aqu aqu nampak kau aqu nak panggil tapi kau xtoleh sebab aqu panggil kau dalam hati je bodohnye aqu masa kau terjumpa aqu kat mall kau panggil aqu, tapi aqu wat dunnor je (dalam hati bertapa gembiranya aqu) aqu terdengar kau g tau kawan kau yang kau dah jatoh cinta sedihnye aqu masa tu masa aqu keluar tengok wayang dengan maksu aqu aqu terjumpa kau keluar tengok wayang gak.. kau keluar dengan si dia aqu tengok aje kau call aqu mengacau betul, aqu tengah tidur lah aqu layan je kau cakap kau dah putus, aqu senyum sampai ketelinga tapi kau xnampak aqu cakap... kesiannye kau.. hipokritnye aqu hari ni hari jadi aqu kau lupa aqu sedih .. tapi xpe kau bukan nye sesiapa.. kau mintak maaf, aqu kata xpe aqu ok je.. kau belikan aqu CADBURY ... ish x seronok setakat coklet je.. tapi dalam hati aqu happy sebab romantik jugak kau ni aqu dapat sebentuk cincin.. tapi x tau siapa pengirimnya kau nampak, kau terus berjalan... aqu cuba panggil kau tapi kau x toleh aku cuma nak bagitahu terima kasih sebab hadiahkan aqu coklet kau terus jalan dan x menoleh kebelakang aqu dah cuba contect tapi kau x jawab.. kau x reply msg aqu aqu rasa sedih2 sangat2 kalaulah sempat ..aqu nak bagi tahu ... yang aqu.. dah jatuh hati kat kau.. tapi sayang itu semua tinggal kenangan.. sekarang aqu cuba cari kau, tapi sedikit tentang kau pon aqu x jumpa, sedih kerana aku sia2kan masa itu... aqu harap sekarang kau bahagia dengan siapa jodoh kau ...

Friday, 27 January 2012

SaHAbaT YanG bErmakNa Bagiku

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu : SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.
p/s : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Thursday, 26 January 2012

ayat jiwang ^_^

Breakup Love Quote

&
-
Pernah aku mengimpikannya,
memasang angan-angan andai dapat kumilikinya...
tetapi siapalah diriku ini,
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu...

Malah pernahkah aku ada di hatimu..
kerna aku cuma mengintaimu dari jauh...
walaupun aku tahu bahawa aku tidak dapat memilikimu
namun aku masih mencintaimu..
kerna sekali cinta,aku tetap cinta..
andai rasa ini rasamu jua,
kamu akan mengetahui sakitnya hati
apabila mencintai seseorang secara diam-diam..
melihatnya bersama yang lain,
cukup membuatkanmu
cemburu tidak semena-mena..
aku hanya mampu mengharapkan
kamu akan berbahagia bersama pilihan hatimu..
berbahagialah si dia yang mendapat cintamu...

Monday, 23 January 2012

cInta x semestinya Miliki

Masa hangat bercinta semuanya terasa begitu indah sekali kan? Tapi bila cinta telah ternoktah atau berakhir episodnya. Maka bermula episod duka baru dalam hidup. Segala kasih sayang yang pernah dipertaruhkan bertukar menjadi benci sekelip mata. Paling nyata akan terkeluar perasaan menyesal atas segalanya. Menyesalnya mengenali si dia…Menyesalnya menyintai si dia..Betapa sia-sianya cintaku pada si dia…dan sebagainya.
Jarang kita dengar orang yang bersyukur apabila ditakdirkan perpisahan itu berlaku. Tetap terasa bahagia walaupun berpisah. Kalau ada mungkin kureng. Hehe.. Tapi pernah tak sedetik kita berfikir. Bahawa terdapat seribu hikmah perpisahan?? Mungkin hikmah perpisahan ini makin mendewasakan kita? Mungkin juga perpisahan ni bakal menemukan kita dengan cinta yang lebih indah?
Rasanya tak perlu kita rasa menyesal atau terlalu bersedih di atas perpisahan yang berlaku. Kerana cinta yang sejati tak semestinya memiliki. Sekadar melihat si dia yang pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira. Dan kita juga perlu berusaha mencari kebahagiaan milik diri kita sendiri. Tak perlu ada hasad dengki atau mendoakan si dia menderita, tak bahagia atau semua yang buruk. Segala perasaan benci, berdendam hanya membuatkan hati kita tidak tenang.
Jalan terbaik lepaskanlah si dia dengan ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dengan si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha sekeras mana pun takkkan berhasil. So, cubalah melihat ke hadapan. Kerana kadang2 pabila kita terlampau mengejar bahagia yang tak mungkin kita gapai. Sehingga kita tak terlihat kebahagiaan yang sudah lama berada di depan mata.