Sunday, 29 January 2012

Kasih Ibu membawa ke Syurga

Imbau semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dulu.Masihkah kita ingat ketika kita merajuk dulu?? ibu datang memujuk,apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu lah orang pertama yang kita beritahu. Pendek kata semua kemahuan kita tidak pernah ibu hampakan.Namun hati mana tidak tersentuh apabila banyak berlaku penderhakaan terhadap ibu. ada yang sanggup melawan dan menengkingibu, dan lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu,membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada yang sanggup memukul ibunya hanya kerana perselisihan kecil. Firman Allah yang bermaksud "Dan kami wasiatkan mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu) :Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali" (surah Al-Luqman ayat 14). Hanya Allah yang mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya.Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang. Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu,mengecil hati ibu melawan atau mengherdik ibu. Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat yang lain.

No comments:

Post a Comment